Mahkamah Persekutuan sebentar tadi menolak permohonan peguam utama Datuk Seri Najib Razak, Hisyam Teh Poh Teik untuk menarik diri daripada mengendalikan rayuan akhir kes SRC International Sdn Bhd.
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan kemudian mengarahkan prosiding rayuan akhir dimulakan dengan pihak pendakwaan terlebih dahulu mengemukakan hujahan.